Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah Allah: Video Anwar Lidah Bercabang

Saksikan video kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin utama Pakatan Rakyat berkaitan dengan isu kalimah Allah dahulu dan sekarang.

Video pertama: Ucapan DSAI semasa Majlis Perasmian Kursus Reorientasi Pelajar Daripada Luar Negeri pada 12 Ogos 1984.



Video kedua: Ucapan DSAI semasa kempen pilihanraya kecil di Batang pada 1 April 2009



Video ketiga: Ucapan DSAI dalam program PKR di Ipoh pada tahun 2009



Daripada video ini telah terbukti bahawa kenyataan beliau tidak konsisten dan berubah mengikut masa dan keadaan. DSAI yang disanjung dan diangkat oleh penyokong beliau jelas mempunyai lidah bercabang. Kadang-kadang beliau bersifat seperti binatang iaitu boleh bertukar warna kulit hanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Apa yang saya ingin persoalkan, mengapa dahulu beliau menentang usaha penterjemahan Injil ke Bahasa Melayu dan sekarang begitu lantang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian? Tidakkah ini menunjukkan sifat binatang beliau?

Kesan daripada isu ini amat berat. Berkemungkinan merosakkan hubungan antara kaum dan agama di negara kita yang sedia terjalin sejak sekian lama. Pergaduhan antara agama dan juga pertumpahan darah juga mungkin berlaku.

Jika dahulu DS Nik Aziz mendoakan kehancuran DS Najib dan pimpinan beliau kerana dipercayai menyekat pemberian wang royalti minyak kepada rakyat Kelantan, apakah sekarang kita boleh mendoakan kehancuran kepada DS Anwar Ibrahim, DS Nik Aziz, YB Khalid Samad dan kumpulan yang menyokong usaha Kristian ini? Perbuatan mereka ini lebih berat daripada isu pemberian royalti minyak Kelantan.

Saturday, January 2, 2010

Isu Kalimah Allah: YB Zul Hentam YB Khalid


Antara desakan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin terhadap YB Khalid dan kepimpinan PAS berkaitan dengan isu kalimah Allah:

1. YB Khalid Samad supaya menimbang keluar daripada PAS dan menyertai mana-mana parti lain pilihan beliau termasuk DAP;

2. kepimpinan PAS perlu mengambil tindakan disiplin yang jelas terhadap YB Khalid Samad agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu bahawa PAS tidak bersekongkol dengan beliau dalam beberapa isu tersebut diatas. Malahan saya mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya menimbang mengambil tindakan memecat keahlian YB Khalid Samad daripada PAS. Kegagalan kepimpinan PAS mengambil tindakan akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan PAS, dan menjejaskan imej dan persepsi PAS sebagai wadah perjuangan Islam.


3. Kepada rakan-rakan bukan Islam khususnya penganut Kristian dan Punjabi yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan ALLAH, saya seru kamu semua supaya marilah kita menyembah ALLAH Tuhan yang Satu. Marilah kamu memeluk agama Islam. Apabila kamu memeluk Islam dan mengangkat syahadah mengaku ALLAH Tuhan yang Satu, kamu boleh menggunakan nama ALLAH sebanyak mana yang mungkin, dan kamu boleh menulis nama ALLAH sebesar mana yang kamu mahu.


Artikel penuh boleh dibaca disini http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/menyanggah-yb-khalid-samad.html

Apa komen pemimpin PAS dan PKR lain?