Sunday, September 12, 2010

Sosilawati dan tiga lagi dibunuh, mayat dibakar

BANTING 12 Sept. – Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Tiga lagi yang hilang bersama Sosilawati ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. - Utusan

Sedih dan pilu rasanya setelah membaca berita ini. Hanya ujian DNA sahaja yang dapat mengesahkan kejadian ini. Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk mereka yang terlibat semoga diberikan kekuatan dan tabah menempuh dugaan di Aidilfitri yang mulai ini.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri ditujukan khas kepada ayah bonda dan keluarga tersayang, saudara mara, rakan-rakan dan pembaca blog. Salah dan silap harap dimaafkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN